Sunday, 4 March 2012

DAGING LEMBU DENGAN AKAR TERATAI

Bahan-bahan:
4 camca besar minyak masak
1 kg filet lembu (dipotong nipis)
20 keping akar teratai (segar atau dalam tin)

Ramuan perasanya:
2 camca besar sos soya                 )
1 camca teh sos soya hitam            )
1 camca teh garam                         ) [a]
3 ulas bawang putih (dilecek)          )
1 camca teh halia basah (diparut)    )
1/2 camca teh serbuk lima rempah  )

Untuk kuahnya:
1 camca besar tepung jagung  )    campuran
2 camca besar air                   )        [b]

Cara memasak:

  1. Rebus kepingan-kepingan akar teratai segar di dalam 450 ml air sehingga lembut. Tuskan dan ketepikan 225ml air. Sekiranya menggunakan akar teratai dalam tin, tuskan dan ketepikan airnya untuk kuah.
  2. Perapkan daging dengan [a] dan biarkan selama 20 minit.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan daging apabila sudah benar-benar panas. Goreng dan kacau sehingga bertukar warna.
  4. Masukkan air akar teratai dan biarkan sampai mendidih. Masukkan kepingan-kepingan akar teratai dan [b]. Kacau rata.
  5. Apabila kuah menjadi pekat, keluarkan. Hidangkan semasa panas dengan nasi.

0 comments:

Post a Comment