Sunday, 4 March 2012

BINGKA UBI

Bahan-bahan :

  • 400g (3 cawan) ubi kayu (diparut dan diperah airnya)
  • 150g (1 cawan) tepung kastard
  • 100g (1 cawan) kelapa parut (diambil bahagian putih sahaja)
  • 4 cawan santan dari 1 biji kelapa
  • 300g (2 cawan) gula pasir
  • 2 biji telur (dipukul sedikit)
  • secubit garam
Cara-cara menyediakan:
  1. griskan loyang dengan mentega dan alaskan dengan daun pisang. panaskan ketuhar pada suhu 180 C (350 F)
  2. campurkan tepung kastard pada sedikit santan dan gaul hingga rata.
  3. masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau di atas api sederhana sehingga sebati.
  4. tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 45-60 minit.

tip: penggunaan daun pisang adalah untuk menambah aroma pada hidangan.

0 comments:

Post a Comment