Featured Posts

Tuesday, 6 March 2012

KARI AYAM





BAHAN-BAHAN:
8-10 potong ayam
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 cm halia (ditumbuk)
2 sudu besar cili giling
2 batang kecil kayu manis
1 sudu kecil cengkih
1 sudu kecil pelaga
4 biji bunga lawang
3 sudu besar serbuk kari (ditambah dengan sedikit air untuk jadikan pes)
3 biji kentang dipotong kecil
2 biji tomato dipotong kecil
2 tangkai serai (diketuk)
3 1/2 cawan santan ( 1 1/2 cawan santan pekat + 2 cawan air)
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, cengkih, pelaga, dan bunga lawang hingga wangi. Masukkan pes kari dan cili giling.
  2. Masukkan ayam dan kentang. Gaulkan sehingga rata dengan rempah tumisan.
  3. Masukkan santan. Gaul rata.
  4. Apabila setengah masak, masukkan serai dan tomato. Masukkan garam, gula dan serbuk lada secukupnya. 
  5. Masak sehingga ayam masak dan kentang empuk.

APAM POLKADOT


Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 275gm (3 1/4 cawan) tepung gandum
- 220gm (1 1/2 cawan) gula 
- 1 sudu besar ovalate
- 150 ml susu cair
- 3 sudu kecil baking powder
- inti (kaya, jem strawberry, blueberry, coklat dll)

Cara membuatnya: 
  1. masukkan kesemua bahan dalam mangkuk pemutar, putar dengan kelajuan paling tinggi dalam 5-7 minit atau sehingga adunan menjadi 'putih'.
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. warnakan setiap bahagian dengan warna yg anda gemari.
  3. masukkan adunan ke dalam piping bag, picit ke dalam paper cup yang telah di susun di dalam acuan kuih tart. Picit sehingga separuh paper cup, kemudian masukkan inti dan masukkan lagi adunan apam menutupi inti sehingga 3/4 paper cup.
  4. gunakan adunan warna yg lain, dot-dot kan di atas adunan apam di dalam paper cup tadi.
  5. kukus menggunakan api yg sederhana, dalam 10-15 minit.
tip: jika tidak ingin meletakkan inti, boleh juga meletakkan perasa pada adunan. 

FRENCH TOAST

BAHAN-BAHAN:
2 keping roti
1 biji telur
garam secukup rasa
sedikit serbuk perisa
sedikit lada sulah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul telur bersama garam, serbuk perisa dan lada sulah sehingga sebati.
  2. Celup roti ke dalam bahan-bahan tadi.
  3. Goreng bersama minyak yang tidak terlalu banyak sehingga garing.
  4. Enak dihidang bersama sos dan mayonis atau sup cendawan.

Monday, 5 March 2012

KEK COKLAT PUDINA

Bahan-bahan:
  • 200g (1/5 kotak) tepung naik sendiri
  • 230g (1 cawan) marjerin/mentega
  • 220g (1 cawan) gula
  • 5 biji telur
  • 1/2 sudu teh perasa vanila
  • 30g (4 sudu makan serbuk koko)
  • 50g susu
  • pewarna hijau (secukupnya)
  • perasa pudina  (secukupnya)
Hiasan:
  • 150g coklat masakan
  • 90g (1/3 cawan) krim segar
  • 30g (2 sudu makan) mentega
  • 15g (2 susu makan) madu
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C (350 F)
  2. Lapik dengan kertas minyak disekeliling acuan kek.
  3. Kisar tepung naik sendiri yang telah diayak, bersama mentega/marjerin supaya menjadi pes yang lembut.
  4. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan masukkan perasa vanila. Kemudian, dengan perlahan-lahan tuangkan adunan ini ke dalam pes tadi sambil dikisar sehingga menjadi lembut dan sebati.
  5. Bahagikan adunan itu kepada dua bahagian. Campurkan serbuk koko dan susu pada salah satu adunan. kisar dengan lembut. Kemudian, masukkan pewarna hijau dan perasa pudina ke dalam bahagian yang satu lagi.
  6. Tuangkan kedua-dua bahagian silih berganti ke dalam acuan kek.
  7. Masukkan ke dalam oven selama 45-50 minit.
  8. Untuk menyediakan hiasan, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan direndam dalam air panas (atau gunakan pengukus). kacau bahan-bahan itu perlahan-lahan selama 5-10 minit sehingga cair dan licin. Hiaskan bahagian atas dan tepi kek dengan coklat yang panas itu.

Sunday, 4 March 2012

DAGING LEMBU DENGAN AKAR TERATAI

Bahan-bahan:
4 camca besar minyak masak
1 kg filet lembu (dipotong nipis)
20 keping akar teratai (segar atau dalam tin)

Ramuan perasanya:
2 camca besar sos soya                 )
1 camca teh sos soya hitam            )
1 camca teh garam                         ) [a]
3 ulas bawang putih (dilecek)          )
1 camca teh halia basah (diparut)    )
1/2 camca teh serbuk lima rempah  )

Untuk kuahnya:
1 camca besar tepung jagung  )    campuran
2 camca besar air                   )        [b]

Cara memasak:

  1. Rebus kepingan-kepingan akar teratai segar di dalam 450 ml air sehingga lembut. Tuskan dan ketepikan 225ml air. Sekiranya menggunakan akar teratai dalam tin, tuskan dan ketepikan airnya untuk kuah.
  2. Perapkan daging dengan [a] dan biarkan selama 20 minit.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan daging apabila sudah benar-benar panas. Goreng dan kacau sehingga bertukar warna.
  4. Masukkan air akar teratai dan biarkan sampai mendidih. Masukkan kepingan-kepingan akar teratai dan [b]. Kacau rata.
  5. Apabila kuah menjadi pekat, keluarkan. Hidangkan semasa panas dengan nasi.

NASI BERIANI KAMBING

Bahan-bahan :

  • 2kg beras
  • 1kg daging kambing yang direbus
  • 1 senduk minyak
  • 1/2 tin puri tomato
  • 50g bawang putih dikisar
  • 100g bawang besar dikisar
  • 100g daun pudina dihiris
  • 1/2 sudu besar beriani masala
  • 1 cawan minyak sapi
  • 1 cawan air mawar
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar garam
Cara membuat:
  1. Tumiskan minyak dengan bawang yang telah dikisar.
  2. Setelah naik baunya, masukkan semua bahan yang lain dan biarkan ia mendidih selama 10 minit dan masukkan daging ke dalamnya. Biarkan ia masak selama 30 minit. Setelah masak, ketepikan.
  3. Rebuskan beras sehingga 1/2 masak dan sejatkan.
  4. Seterusnya bahagikan nasi kepada dua bahagian.
  5. Masukkan nasi bahagian pertama ke dalam periuk dan tuangkan kuah berisi daging kambing ke dalamnya.
  6. Taburkan daun pudina ke atasnya dan tuangkan nasi selebih di atasnya dan tuangkan minyak sapi. Renjiskan air mawardan pewarna kuning ke atas nasi tadi dan tanak semula sehingga selama 45 minit.
  7. Setelah masak, hidangkan nasi bersama lauk kambing tadi. 

PEGEDEL IKAN MERAH ALA MEXICO

Bahan-bahan:
  • 500g isi ikan merah yang didadu
  • 2 biji telur ayam
  • 1 biji bawang besar yang didadu
  • 1 sudu besar tepung kastard yang dilarut dengan sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil buah pala
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk halia
  • 1/4 krim putar
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 4 sudu besar daun ketumbar dicincang
Bahan-bahan sos tartar:
  • 1/4 cawan mayonis
  • 1 biji telur rebus dicincang
  • 1 biji bawangbesar dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 biji asam limau
  • sedikit sos tobasco
  • sedikit garam
  • daun ketumbar
Cara-cara membuat:
  1. ikan merah dimesin hingga lumat. kemudian masukkan krim dan telur yang telah dipukul ke dalam ikan dan mesinkan bersama.
  2. masukkan bahan-bahan lain seperti garam, serbuk halia, serbuk lada hitam,tepung kastard, serbuk buah pala, dan kesemua bahan-bahan lain dan dimesin hingga sebati.
  3. bentukkan adunan dan goreng dengan minyak yang sedikit.
  4. hidangkan dengan sos tartar.
Sos tartar:
Campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga sebati.